Satu makmal kajian akan diwujudkan di kawasan Kampung Ensenggei Melayu, Gedong bagi mengenal pasti potensi pertanian berteknologi baharu di kawasan tersebut.<br /><br />Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rancangan itu akan melibatkan kerjasama Universiti Swinburne Sarawak bagi pengoperasian fasiliti berkenaan.
